MOSCOW, 1 NOV – Satu undang-undang kontroversi yang membenarkan Rusia memutuskan lalu lintas internet daripada server antarabangsa berkuat kuasa hari ini, menimbulkan kebimbangan pemulauan internet daripada aktivis.
Undang-undang itu, ditandatangani oleh Presiden Vladimir Putin pada Mei, mewajibkan pembekal internet Rusia memasang peranti teknikal yang disediakan oleh pihak berkuasa untuk membolehkan kawalan lalu lintas ditumpukan.
Mereka juga akan menapis isi kandungan untuk menghalang akses ke laman sesawang diharamkan.
Penyokong undang-undang berkata tujuannya adalah untuk memastikan laman Rusia terus berfungsi jika mereka gagal dihubungkan dengan server antarabangsa atau dalam kes ancaman dari luar negara seperti serangan siber.
Namun aktivis hak berkata ia merupakan satu lagi usaha penapisan berikutan usaha sebelumnya di Rusia untuk menyekat perkhidmatan seperti laman media sosial Linkedln dan perkhidmatan pesanan Telegram. Pemerhati Hak Asasi Manusia mengingatkan undang-undang itu bermakna ‘kerajaan Rusia akan memperoleh lebih banyak kawalan ke atas kebebasan bersuara dan maklumat di internet.’ – AFP