Rusia lapor angka kematian tertinggi

MOSCOW, 26 OGOS – Rusia hari ini mencatat angka kematian koronavirus harian tertinggi ketika negara itu bergelut dengan varian Delta yang agresif dan kadar vaksinasi yang perlahan.

Angka daripada kerajaan melaporkan 820 kematian dalam tempoh 24 jam lalu dan 19,630 kes baharu.

Rusia, negara keempat paling teruk terjejas di dunia dari segi kes, telah dilanda gelombang baharu jangkitan varian Delta pada pertengahan Jun.

Sementara jumlah jangkitan harian telah berkurangan, Rusia telah mencatat angka kematian harian tinggi beberapa kali pada Ogos. – AFP