Rusia lapor kes virus terendah

MOSCOW, 20 JULAI – Rusia, negara keempat paling teruk terjejas di dunia dari segi jangkitan koronavirus, hari ini melaporkan kurang daripada 6,000 kes baharu untuk kali pertama sejak akhir April.

Pihak berkuasa kesihatan juga berkata 85 orang maut dalam tempoh 24 jam lalu – angka kematian harian terendah sejak 4 Mei. Angka kematian COVID-19 kini berjumlah 12,427 sementara jumlah jangkitan mencecah 777,486.

Kadar kematian Rusia tetap rendah berbanding negara lain yang terjejas teruk, menambah spekulasi Moscow mungkin melapor kurang angka tersebut. – AFP