Rusia lepaskan tembakan amaran ke arah kapal Britain

MOSCOW, 23 JUN – Rusia hari ini melepaskan tembakan amaran ke atas kapal perang tentera laut Britain di Laut Hitam selepas kapal tersebut menceroboh kawasan perairan negara, menteri pertahanan Rusia berkata dalam kenyataan kepada agensi berita.

Kapal HMS Defender ‘diberi amaran awal bahawa senjata akan digunakan sekiranya sempadan negara Persekutuan Rusia dicerobohi. Mereka tidak memberi sebarang tindak balas terhadap amaran tersebut,” kata menteri seperti dilaporkan agensi berita Interfax.

Menurut menteri tersebut, insiden berlaku di luar pesisir Cape Fiolent di Crimea, yang ditakluk oleh Rusia dari Ukraine pada 2014.

Menteri pertahanan menambah bahawa ‘kapal peronda sempadan melepaskan tembakan amaran’ dan pesawat Su-24 menggugurkan empat bom di sepanjang laluan kapal perang Britain.

Menteri berkata kapal perang Britain meninggalkan perairan Rusia selepas tembakan dilepaskan. – AFP

Gambar fail kapal HMS Defender semasa berada di pelabuhan di Portsmouth. Rusia melepaskan tembakan amaran ke atas kapal HMS Defender di Laut Hitam selepas kapal tersebut menceroboh kawasan perairan negara. – AP