Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Rusia mahu aktif terlibat dalam pembinaan hubungan di Asia Pasifik

    VLADIVOSTOK, 5 SEPTEMBER – Rusia berhasrat membina hubungan di rantau Asia Pasifik berdasarkan prinsip kesaksamaan, saling menguntungkan, dan menghormati kepentingan sah masing-masing, kata Presiden Rusia Vladimir Putin pada kelmarin.

    Putin membuat kenyataan itu semasa berucap kepada peserta, penganjur dan tetamu Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-8, acara yang dianjurkan oleh Yayasan Roscongress dan dijadualkan diadakan di Vladivostok pada 10-13 September.

    Presiden Rusia berkata tema utama forum tahun ini, ‘Menuju Kerjasama, Keamanan dan Kemakmuran’, mencerminkan keinginan Rusia untuk melibatkan diri dalam dialog yang luas mengenai isu-isu penting dalam agenda serantau, lapor Xinhua.

    Putin yang menekankan pentingnya mewujudkan logistik baharu dan memastikan keselamatan makanan di rantau Asia Pasifik, berkata perbincangan yang dirancang akan memberi tumpuan kepada prospek untuk memperluas perdagangan, pelaburan, dan kerjasama sains-teknikal.

    Adalah penting untuk mengenal pasti cara untuk membentuk rantaian pengeluaran dan logistik baharu yang cekap secara maksimum, memodenkan sistem pengangkutan dan tenaga, serta memastikan keselamatan makanan dan alam sekitar di rantau ini, kata Putin.

    EEF ditubuhkan sebagai acara antarabangsa yang berwibawa dan mewakili untuk menyediakan peluang yang baik untuk komunikasi langsung dan penting dalam kalangan ahli perniagaan, ahli politik, tokoh masyarakat dan pakar dari negara yang berbeza, kata Putin. – Bernama

    Putin berkata Rusia berhasrat membina hubungan di rantau Asia Pasifik berdasarkan prinsip kesaksamaan, saling menguntungkan, dan menghormati kepentingan sah masing-masing. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...