Thursday, December 7, 2023
27.5 C
Brunei

    -

    Rusia, Malaysia sepakat tingkat kerjasama pelancongan

    MOSCOW, 14 NOV – Rusia dan Malaysia bersetuju membentuk kumpulan kerja bagi mengukuhkan kerjasama antara jabatan dalam bidang pelancongan, kata timbalan pengarah Jabatan Kerjasama Ekonomi Pelbagai Hala dan Projek Khas Kementerian Rusia Pembangunan Ekonomi, Evgeniya Aksenova kelmarin, lapor Sputnik.

    “Kedua-dua negara berminat untuk mengekalkan aliran pelancong yang terus meningkat.

    “Kami bersetuju untuk mewujudkan kumpulan kerja khusus dalam rangka kerja Suruhanjaya Rusia-Malaysia demi mengukuhkan kerjasama antara jabatan dalam bidang pelancongan, serta membangunkan dan menandatangani memorandum persefahaman antara Kementerian Pembangunan Ekonomi Rusia dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,” kata Aksenova semasa mesyuarat kali kedua suruhanjaya bersama Rusia-Malaysia mengenai kerjasama ekonomi, saintifik, teknikal dan kebudayaan di Kuala Lumpur. – Bernama

    Gambar Sinar Hairian
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...