Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Rusia minta bantuan China – AS

    WASHINGTON, 14 MAC – Rusia telah meminta China bagi bantuan tentera dan ekonomi bagi perangnya di Ukraine, lapor media Amerika Syarikat kelmarin, beberapa jam selepas Rumah Putih memberi amaran Beijing akan berdepan ‘akibat’ teruk jika ia membantu Moscow mengelak daripada sekatan.

    Beijing enggan secara langsung menjawab laporan itu, sebaliknya menuduh Washington menyebarkan maklumat salah berhubung peranan China dalam perang Ukraine.

    Para pegawai AS memberitahu media yang Rusia telah meminta bantuan peralatan dan sokongan tentera dari sekutu pentingnya itu.

    Moscow juga meminta Beijing bantuan ekonomi berhubung sekatan yang dikenakan oleh negara-negara Barat ke atasnya, lapor New York Times, sekali lagi memetik salah seorang pegawai.

    Pegawai enggan menjelaskan apa sebenarnya Rusia telah minta, atau sama ada China telah memberi respons, menurut laporan itu.

    Jurucakap bagi kedutaan China di Washington memberitahu beberapa media ‘Saya tidak pernah mendengarnya’ apabila ditanya tentang apakah bentuk bantuan yang diminta Rusia.

    Dan tanpa merujuk secara langsung dengan laporan AS, jurucakap kementerian luar negeri, Zhao Lijian memberitahu jurnalis hari ini bahawa AS ‘telah menyebarkan maklumat salah menyasarkan China dalam isu Ukraine, dengan tujuan jahat’. – AFP

    Delegasi diplomatik China meninggalkan hotel Cavalieri Waldfor di Rom pada 14 Mac di mana Jake Sullivan akan bertemu dengan Yang Jiechi. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...