Sunday, December 15, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia mohon kelulusan vaksin dipercepatkan

    MOSCOW, 28 OKT – Rusia telah menghantar permohonan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (EUL) dan prakelayakan vaksin COVID-19  ‘Sputnik V’, lapor agensi berita Xinhua.

    Menurut kenyataan Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) semalam, pendaftaran vaksin yang dipercepatkan di bawah prosedur EUL membolehkan vaksin Rusia tersedia di dunia lebih cepat daripada jangkaan, dan prakelayakan dan penilaian WHO mengenai kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan akan memasukkan vaksin berkenaan dalam senarai panduan pembelian ubat secara pukal oleh agensi perolehan antarabangsa dan negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda