Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Rusia mungkin disekat dari pasaran kewangan

    MUNICH, 20 FEB – Moscow mungkin tidak dibenarkan memasuki pasaran kewangan dan barangan teknologi tinggi yang dikenakan di bawah sekatan Barat sekiranya Rusia menyerang Ukraine, kata pegawai tertinggi Kesatuan Eropah (EU) semalam.

    Komen daripada Ursula von der Leyen, ketua Suruhanjaya Eksekutif EU, keluar ketika ketegangan berhubung dasar Rusia terhadap Ukraine meningkat. Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata pada Jumaat beliau yakin Presiden Rusia Vladimir Putin telah memutuskan untuk menyerang negara jiran itu.

    “Pemikiran Kremlin yang berbahaya, yang timbul akibat era lampau, mungkin menyebabkan Rusia kehilangan masa depan makmur,” kata von der Leyen semasa Persidangan Keselamatan Munich, yang juga dihadiri Naib Presiden AS Kamala Harris.

    Von der Leyen berkata cawangan eksekutif EU telah mengemukakan ‘pakej komprehensif’ sekatan kewangan yang bakal dikuatkuasakan ke atas Rusia dengan persetujuan AS, UK dan Kanada.

    “Sekiranya Rusia menyerang, kami akan menyekat akses pasaran kewangan dalam ekonomi Rusia dan mengenakan kawalan eksport yang akan menghalang Rusia memodenkan dan mempelbagaikan ekonominya,” tambah beliau. “Dan kami mempunyai banyak barangan teknologi tinggi dengan pengaruh glo-bal, dan ia diperlukan untuk Rusia dan tidak dapat diganti dengan mudah.”

    Perdana Menteri Britain Boris Johnson berkata UK sedang menyelaras sekatannya dengan EU.

    “Jika Rusia menyerang jirannya, kami akan menyekat individu dan syarikat Rusia yang mempunyai kepentingan strategik kepada kerajaan Rusia dan kami akan menyukarkan mereka mengumpul kewangan di pasaran modal London,” kata beliau di Munich, menambah pihak berkuasa akan mencari ‘benefisiari’ syarikat dan entiti milik Rusia. – AP

    Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen semasa bercakap pada Persidangan Keselamatan Munich, Jerman pada 19 Februari 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...