Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Rusia nafi cari alasan serang Ukraine

    MOSCOW, 18 JAN – Diplomat tertinggi Rusia dengan marah menolak dakwaan AS bahawa Moscow sedang menyediakan alasan untuk menyerang Ukraine, ketika tentera Rusia yang berkumpul berhampiran sempada Ukraine melancarkan lebih banyak latihan kelmarin.

    Rumah Putih berkata Jumaat lalu bahawa pegawai perisikan AS telah membuat kesimpulan bahawa Rusia telah mengerahkan pasukan ke timur Ukraine yang dikawal pemberontak untuk tindakan mensabotaj di sana dan menyalahkan Ukraine dalam ‘operasi bendera palsu’ untuk mencipta alasan bagi kemungkinan pencerobohan. Bercakap kepada pemberita kelmarin, Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov menolak dakwaan AS itu sebagai ‘maklumat palsu sepenuhnya’.

    Beliau menegaskan semula bahawa Rusia menjangkakan jawapan bertulis minggu ini daripada AS dan sekutunya terhadap permintaan Moscow untuk jaminan mengikat bahawa NATO tidak akan menyokong mana-mana negara bekas Soviet yang lain, atau menempatkan tentera dan senjatanya di sana.

    Washington dan sekutunya dengan tegas menolak tuntutan Moscow semasa rundingan Rusia-AS minggu lalu di Geneva dan mesyuarat NATO-Rusia yang berkaitan di Brussels, yang diadakan ketika dianggarkan 100,000 tentera Rusia dengan kereta kebal dan senjata berat lain berkumpul berhampiran Ukraine dalam apa yang dikhuatiri Barat mungkin menjadi permulaan kepada pencerobohan.

    Di tengah-tengah penambahan tentera, Rusia dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah mengadakan beberapa siri latihan perang di wilayah yang bersempadan dengan Ukraine. Kelmarin, tentera Rusia mengumumkan pelancaran satu lagi latihan melibatkan unit perisai yang ditempatkan di bahagian barat Rusia merangkumi 300 kenderaan tempur.

    Satu delegasi senator AS sedang melawat Ukraine untuk menekankan sokongan AS terhadap negara tersebut. – AP

    Presiden Vladimir Putin semasa menghadiri mesyuarat di Kremlin, Moscow, Rusia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...