Rusia nafi terbabit serangan siber AS

MOSCOW, 21 DIS – Kremlin hari ini menafi sebarang peranan dalam serangan siber terbaharu ke atas Amerika Syarikat (AS), berkata tuduhan Amerika mengatakan Rusia berada di sebalik pencabulan keselamatan kekurangan bukti kukuh.

Penggubal undang-undang AS pada hujung minggu menggesa respons tegas diambil terhadap serangan siber ke atas agensi kerajaan dan mengkritik Presiden AS Donald Trump yang gagal menyalahkan Rusia yang bertanggungjawab ke atas serangan. Jurucakap Presiden Vladimir Putih Dmitry Peskov berkata perdebatan awam di Washington mengenai pencabulan ‘tidak ada kena mengena dengan kami.’

“Rusia tidak terbabit dalam serangan berkenaan,” beritahu Peskov kepada wartawan hari ini.

Penyerang berjaya menggodam rangkaian komputer menggunakan perisian rangkaian pengurusan perusahaan yang dikeluarkan oleh syarikat IT SolarWinds. Agensi kerajaan AS termasuk Perbendaharaan antara yang dilaporkan terjejas, namun ia juga menyasarkan agensi di seluruh dunia dengan senarai mangsa yang masih timbul, kata penyelidik. – AFP