Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Rusia, negara paling banyak dikenakan sekatan

    WASHINGTON, 8 MAC – Rusia menjadi negara di dunia yang paling banyak menerima sekatan susulan konflik dengan Ukraine, menurut data terkini.

    Moscow dikenakan 2,778 sekatan baharu dalam masa kurang dua minggu sejak Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan operasi ketenteraan terhadap Ukraine, menjadikan jumlah keseluruhan 5,532, memetik data Castellum.ai.

    Sebagai perbandingan, Iran berdepan 3,616 sekatan, diikuti Syria dan Korea Utara, masing-masing 2,608 dan 2,077 sekatan, lapor Agensi Anadolu.

    Sementara itu Venezuela dengan 651 sekatan, Myanmar sebanyak 510 dan Cuba pula dengan 208 sekatan.

    Negara yang paling banyak mengenakan sekatan terhadap Moscow ialah Switzerland iaitu sebanyak 568 sekatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...