Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Rusia pantau eksport bijirin dari Ukraine

    ANKARA, 8 JUN – Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov kelmarin berkata Moscow bersedia untuk memastikan laluan selamat kapal dari Ukraine ketika kebimbangan meningkat mengenai bijirin yang tersekat di pelabuhan Ukraine.

    “Kami bersedia bagi memastikan keselamatan kapal yang meninggalkan pelabuhan Ukraine,” kata Lavrov pada sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Turki, Mevlut Cavusoglu.

    Lavrov tiba di Ankara kelmarin di tengah-tengah krisis kekurangan bekalan makanan global yang sebahagiannya dipersalahkan atas insiden pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    Ukraine adalah salah sebuah pengeksport terbesar dunia bagi gandum, jagung dan minyak bunga matahari. Dianggarkan sebanyak 22 juta tan bijirin berada dalam silo di Ukraine.

    Sementara itu, rundingan yang diadakan tertumpu pada usaha membuka laluan keselamatan untuk menghantar bijirin Ukraine, bijirin dan gandum khususnya yang tersekat di pelabuhan negara yang dilanda perang kerana sekatan Rusia.

    Selain daripada itu, sekatan yang dikenakan ke atas sistem kewangan Moscow juga telah menghalang eksport bijirin dan baja Rusia.

    Atas permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Turki telah menawarkan untuk mengiringi konvoi maritim dari pelabuhan Ukraine, walaupun terdapat perangkap yang sebahagian daripadanya telah dikesan berhampiran pantai Turki.

    Cavusoglu mengalu-alukan rancangan PBB sebagai ‘munasabah’ dan ‘boleh dilaksanakan’, sambil menawarkan untuk menjadi tuan rumah mesyuarat di Istanbul bagi membincangkan butiran skim berkenaan. – AFP

    Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov semasa rundingan bersama pegawai Turki bagi mengeksport bijirin Ukraine melalui Lautan Hitam ke pasaran global. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...