Rusia rancang uji roket, sambung program ke bulan

MOSCOW, 31 MEI – Rusia hari ini mengatakan telah merancang untuk menguji dua roket baharunya tahun ini dan menyambung semula program bulannya pada 2021.

Komen dari agensi ruang angkasa Rusia, Roscosmoc itu muncul selepas usahawan Amerika Syarikat (AS) SpaceX, Elon Musk menjadi syarikat komersial pertama dunia yang membawa manusia ke orbit yang menandakan bermulanya era baharu.

Rusia sudah bertahun-tahun memonopoli satu-satunya negara yang dapat menghantar angkasawan ke Stesen Ruang Angkasa Antarabangsa, dan pelancaran AS kelmarin bermaksud kerugian besar dalam pendapatan bagi Moscow.

“Kami tidak merancang untuk bersikap sambil lewa sahaja,” kata jurucakap Roscosmos, Vladimir Ustimenko.

“Kami tahun ini akan menjalankan ujian-ujian ke atas dua roket baharu dan menyambung semula program bulan tahun hadapan,” katanya dalam Twitter.

Dia tidak menghuraikan lebih lanjut namun ketua agensi ruang angkasa Rusia, Dmitry Rogozin telah berkata awalnya yang negara itu merancang untuk menjalankan ujian baharu ke atas roket pengangkut berat Angara pada musim luruh ini.

Rogozin juga berkata Rusia sedang melaksanakan pembangunan peluru berpandu antara benua baharu, Sarmat, yang juga dikenali sebagai Satan 2 oleh klasifikasi NATO. – AFP