Rusia rekod kematian tertinggi COVID-19

MOSCOW, 5 OKT – Rusia kelmarin melaporkan kes kematian harian tertinggi COVID-19, sebanyak 895 akibat penularan varian Delta ketika program vaksinasi dalam tahap kurang memuaskan, selain beberapa sekatan antivirus yang dijalankan.

Jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 ialah sebanyak 211,696 – tertinggi di Eropah.

Pihak berkuasa dituduh memandang ringan bahaya wabak tersebut di mana jangkitan melonjak tanpa adanya sekatan pandemik yang berkesan.

Rusia menjadi negara kelima yang paling teruk terjejas akibat penularan wabak COVID-19 dengan lebih tujuh juta jangkitan dan kes semakin meningkat semenjak program vaksinasi dihentikan.

Moscow, pusat wabak Rusia, telah mengalami lonjakan kes jangkitan sejak beberapa minggu lalu, dengan pihak kerajaan memberi amaran peningkatan kemasukan pesakit ke hospital.

Menurut pihak berkuasa, varian Delta yang mempunyai kadar jangkitan yang tinggi kini merebak di ibu kota Rusia.

Suntikan vaksinasi percuma turut diberikan kepada rakyat sejak bulan Disember yang lalu, namun pihak berkuasa menghadapi kesukaran untuk meyakinkan mereka untuk menerima suntikan vaksin.

Menurut laman sesawang Gogov, hanya 29 peratus daripada populasi penuh di Rusia telah lengkap divaksin. – AFP

Pasukan petugas COVID-19 nasional mengatakan kes kematian telah mencecah 890 pada 3 Okt, 2021. – AP