MOSCOW, 12 JULAI – Rusia mengesahkan kes pertama membabitkan jangkitan cacar monyet melibatkan seorang remaja yang baru pulang dari Eropah, lapor Sputnik.
“Remaja berkenaan mengalami ruam (simptom biasa bagi mereka dijangkiti cacar monyet) dan telah mendapatkan rawatan di kemudahan perubatan,” menurut agensi pemantau hak asasi manusia, Rospotrebnazor.
Rospotrebnadzor menjelaskan bahawa pesakit mengalami gejala ringan dan telah di kuarantin. – Bernama