MOSCOW, 15 Mei – Pengeluar minyak terbesar dunia Rusia dan Arab Saudi hari ini menggesa pelanjutan perjanjian pengurangan pengeluaran sebelum mesyuarat OPEC pada akhir bulan ini.
“Untuk menekankan keazaman pengeluar minyak demi memastikan kestabilan pasaran, kebolehramalan dan pembangunan mampan, tindakan bersama pengeluar yang mengambil bahagian harus dilanjutkan selama 9 bulan sehingga 31 Mac 2018,” kata negara dalam satu kenyataan bersama yang disiarkan hari ini oleh kementerian tenaga Rusia.
Kenyataan itu menambah menteri tenaga Rusia Alexander Novak dan rakan sejawatannya dari Arab Saudi Khalid Al-Falih, yang bertemu di Beijing hari ini,telah “bersetuju akan melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat untuk menstabilkan pasaran dan mengurangkan inventori minyak komersial kepada tahap purata 5-tahun mereka.”
Menteri-menteri akan berunding dengan negara pengeluaran minyak lain dengan “matlamat mencapai persetujuan sebulat suara tentang pelanjutan 9-bulan” yang diminta oleh mereka, kata kenyataan. – AFP