Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Rusia sekat akhbar Jerman

    MOSCOW, 10 JULAI – Rusia telah menyekat laman sesawang akhbar harian Jerman, Die Welt selepas ia ditambah dalam senarai laman sesawang yang diharamkan oleh pengawal selia, menurut laporan agensi akhbar Rusia, hari ini.

    Pengguna tidak dapat mengakses laman sesawang tersebut selepas permohonan yang dikemukakan oleh pendakwa raya.

    Wartawan AFP tidak dapat memasuki laman tersebut menggunakan telefon pintar dan komputer mereka.

    Sejak bermulanya operasi ketenteraan Rusia ke atas Ukraine, akhbar Jerman menyiarkan kandungan dalam bahasa Rusia, memandangkan kebanyakan maklumat telah disekat di Rusia.

    Ia juga menggaji wartawan Rusia, Maria Ovsiannikova, untuk satu tempoh yang singkat, yang telah menjadi terkenal pada pertengahan Mac lalu setelah memegang sepanduk berbunyi ‘Tidak Kepada Perang’ secara langsung di televisyen. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...