Friday, September 30, 2022
23.3 C
Brunei

Rusia serang kediaman di Kyiv

-

KYIV, UKRAINE, 26 JUN – Serangan peluru berpandu Rusia menyasarkan bangunan kediaman di ibu kota Ukraine Kyiv awal kelmarin, menimbus beberapa orang dalam runtuhan dan menempatkan empat orang di hospital, menurut kenyataan datuk bandar ibu kota Ukraine.

Empat siri letupan kedengaran sekitar jam 6:30 pagi iaitu setengah jam selepas siren serangan udara dibunyikan di bandar itu, yang tidak diserang Rusia hampir tiga minggu.

Peluru berpandu menyerang hanya beberapa jam sebelum permulaan sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Jerman dan mendorong gesaan dari Ukraine untuk tindak balas yang lebih kukuh terhadap pencerobohan Rusia. Tingkat tiga teratas bangunan sekitar 10 tingkat di kejiranan Shevchenkivsky musnah sepenuhnya dan beberapa kebakaran turut tercetus. Beberapa jam kemudian, anggota bomba dilihat masih bergelut untuk mengawal dua kebakaran.

Empat orang telah dimasukkan ke hospital, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang tinggal di tingkat sembilan dan diselamatkan daripada runtuhan, kata Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko dalam Telegram.

Satu lagi peluru berpandu telah menyasarkan bangunan tadika berhampiran kelmarin, walau bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Klitschko juga berkata bahawa operasi menyelamat kini sedang dijalankan dan memberi amaran bahawa jumlah korban akibat serangan masih boleh meningkat. – AFP

Artikel sebelum iniRalat
Artikel seterusnyaCity setuju bayar Leeds AS$55j beli Phillips
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -