Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Rusia serang loji baiki pesawat

    LVIV, UKRAINE, 18 MAC – Peluru berpandu Rusia menyerang kawasan berhampiran lapangan terbang Lviv di barat Ukraine hari ini, ketika Moscow memperluaskan serangan udara di seluruh negara yang telah meningkatkan dakwaan jenayah perang dan sengaja menyasarkan orang awam.

    Datuk Bandar Lviv, Andriy Sadovyi berkata tentera Rusia telah memusnahkan sebuah loji pembaikan pesawat – yang terletak berhampiran sempadan Poland.

    Kenderaan ambulans dan polis bergegas ke tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan berpaling di pusat pemeriksaan. Seorang wartawan AFP melihat kepulan asap tebal berkepul-kepul di atas lapangan terbang.

    “Beberapa peluru berpandu mengenai loji pembaikan pesawat,” kata datuk bandar itu pada aplikasi Telegram, sambil menambah bahawa loji itu telah dimusnahkan.

    Terletak 70 kilometer dari sempadan, Lviv sehingga kini sebahagian besarnya terlepas daripada serangan tentera Rusia.

    Tetapi ketika serangan darat Presiden Rusia, Vladimir Putin selama tiga ming-gu terhenti di bawah tentangan sengit Ukraine, Moscow semakin beralih kepada serangan udara dan jarak jauh untuk mendapatkan kelebihan.

    Menurut anggaran Pentagon, Rusia kini telah menembak lebih 1,000 peluru berpandu ke sasaran Ukraine sejak perang bermula.

    Sebelum subuh hari ini, penggera serangan udara telah berbunyi di bandar-bandar di seluruh negara.

    Kerajaan Ukraine menyenaraikan sebuah tadika dan pasar di timur bandar Kharkiv antara sasaran terkini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...