Tuesday, August 9, 2022
22.7 C
Brunei

Rusia singkirkan juara bertahan Piala davis

-

PARIS, 29 NOV – Rusia menyingkirkan juara bertahan, Sepanyol daripada saingan Piala Davis apabila menewaskan lawan mereka itu 2-1 untuk mengatur pertemuan suku akhir bertemu Sweden.

Rusia terikat 1-1 dengan Sepanyol yang akan membawa kepada perlawanan penentuan acara beregu di Madrid.

Aslan Karatsev dan pemain nombor lima dunia, Andrey Rublev meraih kemenangan 4-6, 6-2, 6-4 ke atas gandingan Marcel Granollers dan Feliciano Lopez untuk mengungguli Kumpulan A sekali gus berpeluang beraksi di depan penyokong sendiri dekat Madrid, Khamis ini.

Barisan pemain Rusia yang beraksi di bawah nama Persekutuan Tenis Rusia selepas penggantungan sukan Rusia kerana kesalahan dadah, bermula hambar apabila Lopez menewaskan Rublev 2-6, 6-3, 6-4 dalam aksi pertama perseorangan lelaki.

Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Daniil Medvedev menyamakan kedudukan selepas mencatat kemenangan 6-2, 7-6 (7/3) ke atas Pablo Carreno Busta sebelum perlawanan ditentukan menerusi acara beregu.

Britain turut melangkah ke suku akhir apabila bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan Czech Republic dan akan bertemu Jerman di suku akhir berdekatan Innsbruck.

Kazakhstan dan Croatia turut melangkah ke suku akhir.– AFP

Aksi Andrey Rublev mengembalikan bola kepada pemain Sepanyol Feliciano Lopez dalam perlawanan Piala Davis di Madrid Arena di Madrid, Sepanyol pada 28 November 2021. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -