Sunday, January 26, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia tawar suaka kepada bekas Presiden Syria

    ISTANBUL, 9 DIS – Bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad bersama keluarganya tiba di Moscow kelmarin selepas Rusia menawarkan suaka kepada mereka, lapor agensi Anadolu memetik agensi berita negara Rusia.

    “Assad dan ahli keluarganya telah tiba di Moscow. Atas pertimbangan kemanusiaan, Rusia telah memberikan suaka kepada mereka.

    “Rusia sentiasa menyokong penyelesaian politik bagi krisis Syria.

    “Kami menegaskan bahawa rundingan yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu disambung semula,” kata TASS yang memetik sumber Kremlin.

    Pegawai Rusia sedang berhubung dengan wakil-wakil pembangkang bersenjata Syria, dengan pemimpinnya memberi jaminan keselamatan kepada pangkalan tentera serta misi diplomatik Rusia di wilayah Syria. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 15 Disember 2003 menunjukkan Bashar al-Assad semasa dialu-alukan di Athens. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda