Rusia terima 150 ventilator sumbangan AS

MOSCOW, 4 JUN – Sebuah kapal terbang tentera Amerika Syarikat (AS) yang membawa 150 ventilator untuk membantu pesakit koronavirus mendarat di Moscow hari ini dalam hantaran kedua sedemikian ke Rusia, kata kedutaan AS.

Kapal terbang itu membawa ventilator buatan AS yang dihantar oleh Amerika Syarikat ke Rusia dan telah berjumlah 200 sekarang, selepas hantaran pertama tiba tiga minggu lalu.

Duta AS John Sullivan berada di lapangan terbang Vnukovo untuk bertemu dengan wakil hospital Moscow yang akan mengagih ventilator tersebut.

Bekalan bantuan, bernilai AS$5.6 juta, merupakan “sumbangan kepada penduduk Rusia,” kata jurucakap kedutaan Rebecca Ross di Twitter, berkata ventilator adalah ‘jenis amat berkualiti di dunia.’

Duta Rusia ke Washington Anatoly Antonov memberitahu televisyen Rusia semalam bahawa ‘kami amat menghargai bantuan Amerika.’

Tindakan itu menyusuli satu kejadian memalukan berhubung hantaran ventilator Rusia bersama peralatan perubatan lain ke New York pada 1 April.

Ventilator tersebut tidak pernah digunakan dan tidak mungkin sama dengan model yang terbabit dalam dua kebakaran di hospital Rusia.

Rusia mempunyai jumlah kes koronavirus ketiga tertinggi selepas AS dan Brazil pada 441,108, sementara ia melaporkan 5,384 kematian, jauh lebih rendah berbanding kebanyakan negara lain dengan wabak teruk. – AFP

Duta AS ke Rusia John Sullivan (kiri) dan penolong ketua pengarah Pusat Perubatan dan Pembedahan Pirogov Dmitry Nikitenko, bercakap kepada media di depan bekalan perubatan yang disumbang oleh Amerika Syarikat kelmarin. – AFP