MOSCOW, 21 JULAI – Rusia hari ini berkata Ukraine telah melancarkan serangan ke atas loji jana kuasa nuklear Zaporizhzia di wilayah yang ditakluki Moscow minggu ini, mendakwa bencana itu dapat dielakkan.
Jurucakap Menteri Luar Negeri, Maria Zakharova menuduh Kyiv berusaha untuk menimbulkan bencana nuklear, bukan sahaja di wilayahnya tetapi di seluruh Eropah.
Loji Zaporizhzhia di tenggara Ukraine adalah yang terbesar di Eropah. Tentera Rusia berjaya menguasai tempat itu Mac lalu, yang merupakan serangan awal mereka ke atas Ukraine.
Zakharova berkata tentera Ukraine telah melancarkan serangan tersebut dua kali pada minggu ini – pada 18 dan 20 Julai – menggunakan dron. Beliau berkata serangan itu mendarat hanya puluhan meter dari tangki penyejuk reaktor.
“Ia hanya bernasib baik kerana serangan itu tidak membawa kepada kerosakan pada peralatan dan boleh menjadi bencana buatan manusia,” katanya.
Pihak berkuasa Moscow yang berpangkalan di sebahagian wilayah Zaporizhzhia yang dikawal oleh tentera Rusia mendakwa perbuatan Ukraine itu adalah keganasan nuklear dan berkata mereka akan membuat rayuan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pada bulan lalu, pemerhati nuklear PBB berkata mereka merancang untuk membuat lawatan ke loji nuklear Zaporizhzhia, walaupun menerima bantahan daripada Kyiv. – AFP