Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Rusia-Ukraine adakan rundingan pertama

    KIEV, 28 FEB – Rusia menyatakan kesediaan berunding dengan Ukraine untuk menamatkan konflik yang semakin meruncing antara kedua-dua negara.

    Perkara itu disuarakan perunding Kremlin hari ini selepas perang antara kedua-dua negara yang menyaksikan Moscow menceroboh Kiev kini memasuki hari kelima.

    Pembantu kepada Presiden Russia, Vladimir Medinsky yang mewakili delegasi Moscow berkata bahawa pihaknya pasti akan mencapai persetujuan dalam beberapa perjanjian.delegasi Moscow.

    Delegasi Ukraine juga dilaporkan sudah tiba untuk menyertai rundingan yang dijangka bermula pada tengah hari (waktu tempatan) di wilayah Gomel, Belarus iaitu kawasan bersempadan Minsk.

    Sebelum ini, Kiev menuntut pelaksanaan gencatan senjata dan pengunduran pasukan tentera Rusia selepas pihak musuh dilaporkan mula memperlahankan serangan mereka.

    “Ia adalah kunci utama rundingan ini,” tegas pejabat presiden dalam satu kenyataan.

    Presiden Ukraine, Volodymr Zelensky, turut menggesa tentera Russia supaya meletakkan senjata sebagai usaha untuk meredakan konflik berkenaan.

    “Keluar dari negara ini, jangan percaya dengan kata-kata komander anda atau propaganda perang, selamatkan nyawa anda sendiri,” katanya kepada tentera Rusia.

    Zelensky juga mendakwa lebih 4,500 anggota tentera Russia dipercayai terkorban sejak lima hari lalu. – AFP

    Sebuah sekolah musnah akibat serangan berhampiran pusat bandar Kharkiv, sekitar 50km dari sempadan Rusia-Ukraine, 28 Februari. Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan pertama dalam usaha menamatkan konflik, kelmarin. -AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...