Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Rusia, Ukraine diharap laksana perjanjian eksport bijirin

    ANKARA, 26 JULAI – Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan kelmarin menggesa pihak-pihak yang menandatangani perjanjian pada minggu lalu supaya menghapuskan sekatan eksport bijirin Laut Hitam Ukraine bagi menghormati perjanjian itu.

    “Kami menjangkakan semua pihak untuk bertindak mengikut persetujuan yang telah dicapai,” kata Erdogan dalam temu bual secara langsung dengan penyiar nasional TRT Haber, lapor agensi Anadolu.

    “Menerusi perjanjian ini, kesan krisis makanan global akan mula reda,” tambahnya. Pada Jumaat lalu, Turkiye, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rusia dan Ukraine menandatangani perjanjian untuk menyambung semula eksport bijirin melalui pelabuhan Ukraine di Odesa, Chernomorsk dan Yuzhny selepas beberapa bulan terhenti akibat krisis Rusia dan Ukraine.

    Di bawah perjanjian itu, pusat penyelarasan bersama telah ditubuhkan di Istanbul untuk menjalankan pemeriksaan di pintu masuk dan keluar pelabuhan, serta memastikan keselamatan laluan untuk kapal-kapal. – Bernama 

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...