Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Rusia, Ukraine setuju wujudkan koridor kemanusiaan

    KYIV / MOSCOW, 4 MAC – Rusia dan Ukraine dalam rundingan pusingan kedua di Belarus kelmarin bersetuju mewujudkan koridor kemanusiaan untuk memindahkan orang awam, demikian disahkan oleh Penasihat Ketua Pejabat Presiden Ukraine, Mykhailo Podoliak melalui laman Twitter.

    “Penyelesaian hanya untuk mewujudkan koridor kemanusiaan,” kata Podoliak, lapor Xinhua.

    Kedua-dua pihak membincangkan isu ketenteraan, kemanusiaan, dan penyelesaian politik masa depan ekoran konflik itu, kata pembantu presiden yang juga ketua delegasi Rusia Vladimir Medinsky.

    “Pendirian telah dibuat dengan jelas untuk sebahagian daripadanya, kami berjaya mencapai persefahaman,” katanya sambil menyebut bahawa langkah mewujudkan koridor kemanusiaan adalah “kemajuan yang besar”.

    Agensi berita TASS Rusia awal kelmarin melaporkan rundingan pusingan kedua telah berakhir.

    Podoliak dalam taklimat media berkata pusingan ketiga rundingan damai mungkin berlaku tidak lama lagi, seperti dilaporkan media Ukraine.

    Terdahulu hari itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, ketika mengulas mengenai rundingan damai, berkata bahawa “sebarang perbincangan” adalah munasabah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...