Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia umum AS$4 bilion sokong perniagaan

    MOSCOW, 16 MAC – Kerajaan Rusia berkata hari ini ia akan melancarkan AS$4 bilion untuk membantu ekonomi dengan pandemik koronavirus dan menggesa perniagaan supaya membantu memperlahankan penularan virus.

    Rizab berjumlah 300 bilion rubles ‘boleh digunakan oleh kerajaan dalam rangka kerja belanjawan tahun ini untuk menampung keperluan utama apabila ia membabitkan perbelanjaan dan sokongan industri dan rakyat,” kata Perdana Menteri Mikhail Mishutin pada mesyuarat kerajaan.

    Mishutin berkata pihak berkuasa harus membantu terutamanya syarikat dalam perniagaan, pelancongan dan penerbangan, dan mengumumkan kerajaan akan menambah pinjaman untuk perusahaan saiz kecil dan sederhana.

    Mishutin menggesa perniagaan Rusia, terutamanya korporasi besar, supaya mengambil langkah untuk menghentikan penyebaran koronavirus dan meminta penyelesaian untuk membantu kerajaan.

    “Perang menentang pandemik adalah satu tugas bukan sahaja untuk struktur kerajaan tetapi untuk semua masyarakat,” kata beliau. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda