Rusuhan meletus lagi, presiden Lubnan tolak tuntutan

BEIRUT, 13 NOV – Penunjuk perasaan Lubnan menghalang jalan raya utama pada hari ini, marah dengan presiden yang mereka anggap mengabaikan permintaan mereka hampir se-bulan mereka berhimpun, dan selepas seorang lelaki ditembak mati.

Beratus-ratus berarak menuju ke istana presiden Michl Aoun di bandar Baabda di luar ibu kota, di mana pasukan keselamatan meletakkan kawat dawai berduri di sepanjang jalan masuk.

Aoun berkata di kaca televisyen malam sebelumnya bahawa rakyat Lubnan yang tidak melihat mana-mana orang yang layak berkuasa seharusnya ‘berhijrah’ – komen di mana, walaupun presiden bergegas untuk menjelaskannya, serta merta mendorong penunjuk perasaan ke jalan raya.

Semalam seorang lelaki mati akibat luka tembakan selepas askar melepaskan tembakan terbuka bagi meleraikan tunjuk perasaan di selatan ibu negara. – AFP

Pasukan bomba memadamkan kebakaran yang dicetuskan oleh penunjuk perasaan antikerajaan yang menyekat lebuh raya utama yang menghubungkan timur dan barat Beirut, di Beirut, Lubnan. – AP