Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Rusuk retak paksa Nadal berehat panjang

    MADRID, 23 MAC – Rafael Nadal berkata dia tidak akan beraksi antara empat hingga enam minggu kerana mengalami retak pada satu daripada tulang rusuknya.

    “Ini bukanlah berita baik dan saya tidak menjangkakannya,” kata Nadal menerusi akaun Twitter miliknya dan tidak akan beraksi pada permulaan musim gelanggang tanah liat kali ini.

    Pemain Sepanyol berusia 35 tahun itu akan diketepikan daripada kejohanan di Monte Carlo dan Barcelona walaupun dia mungkin akan kembali untuk Masters Madrid pada 1 hingga 8 Mei nanti.

    Tumpuan utamanya sekarang adalah kembali sihat untuk Terbuka Perancis yang bermula pada 22 Mei. Nadal telah memenangi gelaran tersebut 13 kali di Roland Garros.

    Kecederaan berlaku pada Sabtu semasa kejohanan separuh akhir Indian Wells Masters.

    Gambar fail bertarikh 16 Mac menunjukkan reaksi Rafael Nadal selepas memenangi satu mata menentang Reilly Opelka dalam kejohanan tenis Indian Wells di Indian Wells, California. – AFP

    Nadal, yang menang Terbuka Australia tahun ini, kalah kepada pemain Amerika Syarikat, Taylor Fritz pada final Indian Wells Masters Ahad lalu, justeru menamatkan kemenangan sempurna 20-0 pada permulaan 2022.

    Dia memerlukan rawatan dua kali semasa kalah kepada Fritz.

    Dia berkata terpaksa bermain di Indian Wells ‘dengan rasa tidak selesa’ dan menjalani pemeriksaan sekembalinya ke Sepanyol.

    “Saya mengalami keretakan di salah satu daripada tulang rusuk dan akan berehat 4 hingga 6 minggu,” kata Nadal.

    Nadal menewaskan Daniil Medvedev dalam final epik di Melbourne selepas Novak Djokovic dihantar pulang dari Australia disebabkan status vaksinasi COVIDnya.

    Kemenangan itu memberikannya kejuaraan Grand Slam ke-21, mengatasi Djokovic dan Roger Federer. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...