Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    RUU cip komputer dilulus

    WASHINGTON, 28 JULAI – Senat AS, kelmarin, meluluskan rang undang-undang (RUU) bagi meningkatkan pengeluaran cip komputer bernilai AS$280 bilion dalam usaha untuk menyaingi China, lapor Agensi Anadolu.

    RUU itu suatu pelaburan awam terbesar dalam bidang sains, teknologi dan pembuatan sejak beberapa dekad, termasuk berbilion dolar turut disalurkan untuk Yayasan Sains Kebangsaan dan pengecualian cukai diberi kepada pelabur dalam pembuatan semikonduktor.

    “Ia akan mewujudkan peluang pekerjaan berdaya saing, pembuatan cip mikro di AS, meningkatkan rantaian bekalan, mengukuhkan keselamatan AS, serta mengurangkan kos,” kata Ketua Majoriti Senat Chuck Schumer. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...