Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    RUU dana kekayaan berdaulat dibentang November ini

    KUCHING, 31 MEI – Rang Undang-undang (RUU) bagi mewujudkan satu ordinan dana kekayaan berdaulat di Sarawak akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan negeri tersebut pada November ini.

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dana tersebut, yang bermodalkan Dana Pencen Kerajaan Global Norway, akan mula beroperasi pada 2024 selepas RUU tersebut diluluskan.

    Dalam perutusan sempena sambutan Gawai Dayak 2022, yang bermula awal Jun, beliau berkata bahawa Sarawak kini memiliki rizab kewangan terbesar berbanding negeri lain yang harus dilaburkan semula untuk memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.

    “Pertambahan kepada simpanan negeri ini harus dilaburkan semula sebahagiannya bagi memberi pulangan hasil yang memberi manfaat kepada generasi akan datang melalui sebuah dana yang dinamakan dana kekayaan berdaulat,” katanya.

    Abang Johari berkata masa depan Sarawak amat cerah dengan memiliki banyak sumber yang boleh digunakan untuk menjadikan negeri itu kuasa ekonomi di rantau Asia Tenggara manakala ramai pelabur ingin datang kerana kelebihan Bumi Kenyalang daripada segi kestabilan politik dan perpaduan rakyat. 

     Beliau juga berkata masa depan yang terjamin tersebut akan turut dinikmati oleh kaum Dayak di Sarawak dengan menambah nilai tanah adat iaitu aset besar yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan sama ada melalui perniagaan pertanian, agroperhutanan atau keusahawanan lainnya.

    Abang Johari berkata pindaan juga telah dibuat ke atas Kanun Tanah Negeri dan Ordinan Perhutanan untuk mempersiapkan Sarawak dalam ekonomi baharu yang turut melibatkan penjagaan alam sekitar serta perniagaan karbon berpotensi menjadi sumber pendapatan tambahan kepada negeri tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...