Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Ruud pertahan gelaran Geneva

    GENEVA, 22 MEI – Juara bertahan, Casper Ruud terselamat daripada ancaman Joao Sousa untuk mengekalkan kejuaraan Terbuka Geneva dalam pertandingan sengit kelmarin, sehari sebelum Terbuka Perancis bermula.

    Pemain nombor lapan dunia dari Norway itu menang 7-6 (7/3), 4-6, 7-6 (7/1) dalam pertarungan yang berlangsung lebih tiga jam dalam suhu terik di Parc des Eaux-Vives.

    Pemain nombor 79 dunia Portugal, Sousa mendahului 3-2 pada set penentuan tetapi Ruud, kembali bangkit menyamakan kedudukan kepada 5-5. Sousa menyelamatkan dua mata kejuaraan untuk mengheret ke pusingan tie-break tetapi Ruud tetap tenang untuk merebut gelaran.

    Kedua-dua pemain dan penyokong berpanas apabila suhu di gelanggang tengah yang memuatkan 3,000 penonton, hampir mencecah 30 darjah Celsius.

    Ia merupakan gelaran jelajah ATP kelapan bagi Ruud dan beliau menjadi pemain kelima memenangi gelaran yang berbilang di peringkat jelajah tahun ini.

    Ruud tidak pernah kalah di tanah liat Geneva. Pemain berusia 23 tahun itu menyertai kejohanan itu secara berturut-turut, setelah mara ke separuh akhir di Rom minggu lalu, dan memenangi Buenos Aires pada Februari. – AFP

    Reaksi Casper Ruud dari Norway memenangi trofi semasa perlawanan akhir perseorangan lelaki kejohanan tenis Terbuka ATP 250 Geneva kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Angka kematian denggi melebihi 1,000 di Bangladesh

    DHAKA, 2 OKT - Lebih 1,000 orang di Bangladesh telah meninggal dunia akibat demam denggi sejak awal tahun ini, menurut angka rasmi, yang menunjukkan...