Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Ruud, Schwartzman bertemu di final Terbuka Argentina

    BUENOS AIRES, 13 FEB – Pemain pilihan utama, Casper Ruud dan Diego Schwartzman akan bermain pada perlawanan akhir Terbuka Argentina hari ini.

    Ruud dari Norway, pemain ranking ke-8 dan Schwartzman dari Argentina, pemain ranking ke-15, masing-masing memenangi kejohanan gelanggang edisi 2020 dan 2021.

    Ruud menewaskan pemain Argentina, Federico Delbonis 6-3, 6-3 kelmarin. Beberapa jam kemudian, Schwartzman mengungguli pemain pilihan ketiga, Lorenzo Sonego dari Itali dalam perlawanan sengit dengan 7-5, 3-6, 6-2.

    Schwartzman telah menamatkan perlawanan hanya beberapa jam sebelum pertemuan suku akhir menentang rakan senegaranya dan naib juara 2021, Francisco Cerundolo. Perlawanan terganggu Jumaat lalu pada set ketiga, terikat 1-1, kerana hujan.

    Schwartzman menang 3-6, 6-2, 7-5.

    Ruud mengatasi pemain Sepanyol, Roberto Carballes Baena dan pemain Argentina, Federico Coria dan Delbonis untuk mara ke final. Schwartzman menewaskan pemain Sepanyol, Jaume Munar, Cerundolo dari Argentina dan Sonego dari Itali untuk bermain perlawanan penentuan di Buenos Aires. – AP

    Reaksi Casper Ruud meraikan kemenangannya ke atas Federico Delbonis dalam perlawanan suku akhir kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...