Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Ruud tarik diri Terbuka Rio, digantikan Baena

    RIO DE JANEIRO, 18 FEB – Pemain pilihan kedua, Casper Ruud dari Norway menarik diri daripada kejohanan gelanggang tanah liat Terbuka Rio kelmarin kerana kecederaan di bahagian abdomen.

    Ruud memberitahu semasa sidang akhbar bahawa dia masih merasakan kesan kecederaan yang dialaminya semasa final Terbuka Argentina Ahad lalu, yang dimenanginya.

    “Saya cuba sedaya upaya, tetapi malangnya ia tidak dapat dilakukan,” kata Ruud. “Ia adalah keputusan yang sukar, saya tidak sabar untuk bermain di sini.”

    Ruud digantikan oleh Roberto Carballes Baena dari Sepanyol, yang tewas perlawanan pusingan kedua menentang Francisco Cerundolo dari Argentina 6-3, 6-2 selepas set kedua dihentikan kerana hujan.

    Cerundolo seterusnya akan menentang pemain Serbia, Miomir Kecmanovic, yang menewaskan pilihan keenam, Lorenzo Sonego dari Itali, 7-5, 6-4.

    Hujan kembali turun di Rio kelmarin dan memaksa penggantungan dua baki perlawanan hari itu. Pilihan ketujuh, Carlos Alcaraz dari Sepanyol menewaskan pemain Argentina, Federico Delbonis 5-4 apabila perlawanan dihentikan. Pertemuan akan berlangsung hari ini.

    Juga hari ini, pilihan utama, Matteo Berrettini dari Itali akan menentang pemain Brazil, Thiago Monteiro. – AP

    Aksi Roberto Carballes Baena membuat pukulan semasa menentang Francisco Cerundolo, kelmarin. Baena akan menggantikan Ruud yang menarik diri akibat kecederaan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...