Ruud tempa tiket final

HOUSTON, 14 April – Casper Ruud menempa tiket ke pertandingan akhir pertandingan US Mens’s Clay Court Championship semalam, bertahan daripada cabaran pemain kelayakan Daniel Elahi Galan untuk memenangi pertandingan separuh akhir 7-5, 6-2.

Ruud, 20, memburu untuk menjadi pemain dari Norway yang pertama memenangi gelaran Jelajah ATP dan akan menentang Christian Garin dari Chile pada pertandingan akhir yang diadakan pada hari ini.

Ayah Ruud, Christian, adalah pemain terakhir dari Norway yang mara ke pertandingan akhir Jelajah ATP dengan menamatkan di tangga kedua pada tahun 1955 di Bastad, Sweden. Christian Ruud bersaing dalam jelajah itu bagi selama sedekad. “Ia adalah satu perasaan yang luar biasa untuk berada dalam pertandingan akhir pertama. Ia bertujuan untuk kita bekerja keras,” kata Ruud. “Tetapi walaupun ia minggu yang luar biasa, yang mahu memenangi pertandingan akhir.”

Garin, 22, menewaskan Sam Querrey dari AS 7-6 (7/2), 6-2 dalam satu lagi pertandingan separuh akhir semalam. Ruud terpaksa untuk kembali bangkit setelah ketinggalan defisit 2-5 pada set pembukaan untuk menewaskan Galan dari Colombia.

Galan menamatkan pertandingan suku akhirnya yang tertangguh akibat hujan lebih awal ke atas pemain pilihan ke tujuh Jordan Thompson dari Australia, dengan kemenangan 6-1, 4-6, 6-4. – AFP