Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Ruud tewas di tangan Peniston

    LONDON, 15 JUN – Pemain finalis di Terbuka Perancis, Casper Ruud ditewaskan dalam kejohanan Queen’s oleh pemain Britain, Ryan Peniston dengan keputusan straight set, kelmarin.

    Peniston, 26, pertama kali beraksi dalam Jelajah ATP, memenangi dua tie-break untuk menewaskan pemain nombor lima dunia itu dengan keputusan 7-6 (7/4), 7-6 (7/2).

    Sementara itu, Ruud bergelut semasa beraksi sepanjang perlawanan dan juga memerlukan rawatan pada pinggangnya selepas dia terjatuh.

    Peniston, pemain ranking ke-180 dunia, memenangi lima mata berturut-turut untuk merangkul tie-break pertamanya dalam set tersebut, tidak lama selepas Ruud terlepas peluang keemasan untuk mendapatkan mata set.

    Ruud ketinggalan pada awal set kedua tetapi berjaya mendahului Peniston buat kali pertama untuk meraih 4-3, hanya untuk memberikan tuan rumah harapan sebelum menamatkan permainan dengan satu lagi tie-break.

    Reaksi Ryan Peniston (kiri) dan Casper Ruud (kanan) berjabat tangan selepas Peniston memenangi perlawanan tersebut. – AFP

    Peniston, yang merupakan pemain wildcard di Wimbledon, terselamat daripada kanser ketika kecil dan kini menyertai barisan pemain profesional tenis selepas bermain di Perancis dan di Universiti Memphis.

    “Saya tidak percaya, ia berasa seperti mimpi,” katanya. “Saya tidak mendapatkan tidur yang mencukupi semalam, ia tidak berasa seperti realiti.

    “Saya bermain dengan baik. Sudah tentu Casper adalah pemain terbaik, dia beraksi dengan baik di Terbuka Perancis jadi saya tahu ia akan menjadi satu tugas yang sukar, tetapi awda mesti mencuba untuk mengetahui jika awda berpeluang untuk menang. Itulah yang saya lakukan,” katanya lagi.

    Terdahulu, Peniston pernah didiagnosis menghidap rhabdomyosarcoma pada usia satu tahun, iaitu kanser tisu dan dia memerlukan pembedahan dan kemoterapi serta membuat pemeriksaan yang kerap beberapa tahun selepas itu.

    “Disebabkan itulah ia menyukarkan saya memulakan hidup baharu,” katanya. Dia juga mengongsikan perkara itu mungkin adalah waktu yang sukar bagi ibu bapa dan adik-beradiknya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...