Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    RWMF 2022 sokong program inisiatif penghijauan

    KUCHING, 15 JUN – Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2022 kali ini lebih menarik apabila penonton maya festival itu berpeluang mengambil bahagian dalam inisiatif penghijauan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) iaitu program ecoGreenPlanet.

    Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Salleh Askor berkata menerusi inisiatif itu, bagi setiap tiket berharga RM25 yang dijual RM10 akan disumbangkan untuk aktiviti penanaman pokok yang akan diadakan selepas festival itu.

    “Setakat ini, kita ada 4,500 batang pokok bakau dan ia akan selesai ditanam, kita akan melihat bulan depan sebaik sahaja keseluruhan projek siap.

    “Kami melakukannya sebagai program inklusif…mereka yang tidak dapat hadir ke sini untuk menyertai festival itu akan seronok dan dapat melindungi planet ini. Jadi, bayangkan anda menonton sambil menyelamatkan planet ini,” katanya pada sidang media RWMF di sini hari ini.

    Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata 12,000 pengunjung akan menghadiri festival tiga hari itu yang akan bermula Jumaat ini.

    Beliau berkata berikutan beberapa negara masih melaksanakan sekatan perjalanan, jumlah pengunjung agak berkurangan berbanding tahun sebelumnya.

    “Saya percaya mereka yang tinggal di Kuching akan datang pada saat-saat akhir untuk membeli tiket dan sasaran 12,000 pengunjung tidak mustahil dicapai,” katanya. – Bernama

    Gambar fail daripada laman web RMWF.net menunjukkan salah satu acara yang diadakan semasa RWMF 2019.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...