Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Ryanair tutup pangkalan di lapangan terbang Frankfurt

    BERLIN, 7 JAN – Syarikat penerbangan bajet, Ryanair berkata hari ini bahawa ia merancang untuk menghentikan perkhidmatan di lapangan terbang Frankfurt, yang paling sibuk di Jerman, pada akhir Mac dan menutup pangkalannya di sana.

    Syarikat itu berkata ia menutup pangkalannya di Frankfurt dan memperuntukkan semula lima pesawatnya di sana ke lapangan terbang lain yang “telah bertindak balas dengan caj lapangan terbang yang lebih rendah untuk merangsang pemulihan trafik.”

    Syarikat penerbangan itu mengadu bahawa daripada memberikan insentif ketika industri penerbangan bergelut dengan kesan daripada pandemik COVID-19, lapangan terbang Frankfurt “telah memilih untuk meningkatkan harga lebih tinggi, menjadikan Frankfurt tidak kompetitif antara lapangan terbang Eropah.”

    Syarikat yang berpangkalan di Ireland itu berkata bahawa semua kru penerbangan yang berpangkalan di Frankfurt “boleh mendapatkan kedudukan alternatif dalam rangkaian Ryanair” dan penumpang yang terjejas akibat pembatalan akan menerima makluman dan bayaran balik “dalam beberapa hari akan datang.” – AP

    Syarikat penerbangan bajet, Ryanair berkata ia merancang untuk menghentikan perkhidmatan di lapangan terbang Frankfurt. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...