Ryzal dan Maryam timang anak perempuan

Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi dan suami, Ryzal Ibrahim kini sudah bergelar ibu bapa.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, wanita kelahiran Korea Selatan itu berkongsi beberapa foto dia dan Ryzal sedang memangku anak damit perempuannya.

“Alhamdulillah. Baby dan Maryam sihat. Allah mudahkan bersalin.

“Terima kasih semua doakan saya,” tulisnya.

Terdahulu, Maryam berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang berada di wad bersalin.

Dalam video berkenaan, Maryam berkata, “Jumpa nanti dengan anak saya.”

Jun lalu, Maryam pernah berkongsi anak damit di kandungan adalah perempuan dan mempunyai wajah seiras suaminya, Ryzal.

Ruangan komen dihujani ucapan tahniah. Ryzal sempat meninggalkan komen mendoakan agar anaknya itu baik-baik sahaja.

“Hi puteri Daddy! Jangan nakal macam mummy tau,” tulisnya.

Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019.

Mereka menetap di Seoul sebelum mengambil keputusan pulang ke Malaysia pada September 2020. – Agensi