Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    SAA sambut ulang tahun ke-83

    JOHANNESBURG, 7 Feb – Syarikat penerbangan negara South African Airways (SAA) yang juga antara syarikat penerbangan tertua dunia meraikan ulang tahun ke-83 bulan ini.

    “Bulan ini SAA yang diwujudkan pada Febuari 1934 mencecah usia 83 tahun dalam menyediakan perkhidmatan penerbangan untuk rakyat Afrika dan juga dunia,” kata syarikat penerbangan itu.

    Di awal penubuhannya SAA hanya mempunyai 40 orang petugas dan pada tahun pertama operasi syarikat penerbangan itu hanya mengendalikan 3,000 penumpang.

    SAA kemudian terus berkembang dari tahun ke tahun yang mana kini mengendalikan hampir sembilan juta penumpang dan mengangkut 114,000 tan muatan setiap tahun.

    South African Airways yang merupakan antara syarikat penerbangan tertua dunia akan meraikan ulang tahun ke-83 bulan ini. – AFP
    South African Airways yang merupakan antara syarikat penerbangan tertua dunia akan meraikan ulang tahun ke-83 bulan ini. – AFP

    “SAA yang menjadi penghubung Afrika Selatan kepada rakan dagangan dan pelancongan utama dunia telah menyediakan 34,000 pekerjaan dan menyumbang hampir AS$681.76 juta kira-kira 0.3 peratus keluaran dalam negara kasar setiap tahun,” kata jurucakap SAA Tlali Tlali.

    Melalui pengabungan dengan Star Alliance, SAA menawarkan kepada pelanggan akses ke 1,300 lapangan terbang di 190 buah negara.

    Dengan 57 pesawat dan menyediakan perkhidmatan ke 74 destinasi menerusi perkongsian dengan SA Express, Airlink dan penerbangan tambah murah Mango. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda