Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Sabah Air, Pos Aviation meterai MoI

-

KOTA KINABALU, 8 DIS – Sabah Air Aviation Sdn Bhd hari ini menandatangani Memorandum Hasrat (MoI) dengan Pos Aviation Sdn Bhd bagi membangunkan Projek Operasi Terminal Kargo (CTO) Berintegrasi Penuh yang pertama di Borneo.

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkata kedua-kedua pihak bekerjasama untuk mewujudkan CTO Berintegrasi Penuh yang bertempat di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Beliau dalam satu kenyataan berkata, dengan kewujudan CTO tersebut diharap akan dapat membantu merancakkan lagi aktiviti ekonomi Sabah. 

Majlis memeterai MoI itu disaksikan oleh Hajiji dalam satu majlis ringkas yang diadakan di pejabatnya di Menara Kinabalu, dekat sini. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -