Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah bantu wanita dalam perniagaan

    KOTA KINABALU, 15 Mei – Kerajaan Sabah akan terus membantu golongan wanita melibatkan diri dalam bidang perniagaan bagi merealisasikan hasrat negara untuk meningkatkan lebih ramai penyertaan golongan itu dalam bidang keusahawanan.

    Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata usaha itu selari dengan sasaran negara menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) untuk meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam pasaran kerja kepada 59 peratus menjelang 2020.

    “Untuk menjadi usahawan yang berjaya, wanita harus memiliki kegigihan, kecekalan daya saing, daya maju dan kreatif.

    “Kerajaan tetap membantu dan membimbing anda (wanita). Tunjukkanlah usaha, kesungguhan dan semangat untuk berjaya,” katanya pada majlis penyampaian peruntukan khas kepada badan dan persatuan wanita di Sabah di sini hari ini.

    Teks ucapannya dibacakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

    Datuk Jainab Ahmad Ayid (dua, kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM10,000 kepada Ketua Wanita UMNO Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan kelmarin. Sebanyak RM5 juta peruntukan khas untuk meningkatkan pembangunan wanita dengan 90 pertubuhan dan 4,505 orang ibu tunggal di Sabah mendapat manfaat dari peruntukan tersebut. – Bernama
    Datuk Jainab Ahmad Ayid (dua, kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM10,000 kepada Ketua Wanita UMNO Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan kelmarin. Sebanyak RM5 juta peruntukan khas untuk meningkatkan pembangunan wanita dengan 90 pertubuhan dan 4,505 orang ibu tunggal di Sabah mendapat manfaat dari peruntukan tersebut. – Bernama

    Musa berkata sebanyak RM5 juta diluluskan bagi membantu golongan wanita di negeri ini dan akan dibahagikan kepada tiga komponen atau penerima utama badan dan persatuan wanita.

    Beliau berkata ia melibatkan Majlis Penasihat Wanita Sabah, Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga di 25 kawasan Parlimen serta persatuan ibu tunggal dan usahawan ibu tunggal yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Negeri.

    Sebanyak 90 persatuan wanita menerima peruntukan khas itu secara berperingkat bagi melaksanakan program dan aktiviti masing-masing, termasuk membiayai projek persatuan yang boleh menjana pendapatan kepada anggota, katanya.

    Usahawan ibu tunggal dan peserta kursus yang dilatih di bawah JHEWA turut menerima bantuan khas dalam bentuk barangan dan peralatan perniagaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda