Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Sabah bekerja keras tangani isu bekalan air dan elektrik

    KOTA KINABALU, 19 MEI – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan bahawa kerajaan negeri Sabah mengambil pelbagai langkah, termasuk menyediakan pelan kecemasan bagi menangani isu-isu berkaitan pembekalan air dan tenaga elektrik, yang memberi kesan kepada kemaslahatan Sabah.

    Beliau berkata isu berkaitan bekalan air dan tenaga elektrik adalah isu-isu yang diwarisi sebelum ini, dan kerajaan negeri semasa, sedang mengambil pelbagai langkah bagi menanganinya.

    “Pagi ini saya telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Mohd Yaakob Jaafar untuk memberi taklimat kepada saya mengenai langkah-langkah segera dan masa depan bagi menangani masalah berkaitan gangguan bekalan elektrik yang menyusahkan ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mengenai isu pembekalan air, katanya beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong untuk mengambil tindakan drastik bagi membetulkan pentadbiran pengurusan air negeri.

    “Kita sedang melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan perkara ini, kerana kita juga serius dalam usaha menarik kehadiran pelabur ke Sabah. Kedua-dua kemudahan ini amat penting kepada pelabur,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...