Sabah beli hampir 15 juta penutup mulut dan hidung

TAWAU, 21 JUN – Kerajaan Sabah membeli hampir 15 juta penutup mulut dan hidung dan pensanitasi tangan dalam usaha membantu rakyat negeri itu berdepan pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pembelian itu termasuk untuk bekalan sekolah-sekolah di Sabah yang bakal dibuka pada 24 Jun. Beliau berkata lebih 200 sekolah di Sabah telah dibekalkan dengan penutup mulut dan hidung serta pensanitasi tangan.

“Hal ini supaya apabila sekolah dibuka, bukan sahaja penjarakan (sosial) itu penting tetapi penutup mulut dan hidung juga boleh digunakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menyerahkan sumbangan peribadi dan kunci rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bubul Ria kepada 60 ketua keluarga yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Sri Aman. – Bernama