Sabah belum benarkan pergerakan dua orang dalam satu kenderaan

KOTA KINABALU, 29 APRIL – Kerajaan Sabah belum membuat keputusan untuk membenarkan pergerakan dua orang dalam satu kenderaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan Persekutuan hari ini

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan itu perlu diperinci dan dibincangkan terlebih dahulu dalam Pusat Arahan COVID-19 Sabah sebelum ia dilaksana di peringkat negeri ini.

“Kita perlu mengkaji kesannya terlebih dahulu. Sekiranya ia boleh dilaksana tanpa ada kesan buruk yang timbul kita akan laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan pakar perubatan daripada China di sini, hari ini. – Bernama