Sabah benar vaksinasi COVID-19 untuk remaja

KOTA KINABALU, 15 SEPT – Kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk membenarkan vaksinasi kepada golongan remaja berusia antara 12 dan 17 tahun bermula esok (16 Sept), kata Ketua Menterinya Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata perkara tersebut telah dibincang dan diputuskan pada mesyuarat Kabinet Negeri di sini hari ini.

“Ini juga selari dengan pendirian Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan seberapa ramai remaja dalam kumpulan berisiko tinggi ini diberi vaksin dan menjelang pembukaan semula sesi persekolahan bermula 3 Okt ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama