Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Sabah berpotensi capai tahap sara diri daging lembu

    SANDAKAN, 7 APRIL – Kumpulan Sawit Kinabalu menjangka pusat integrasi ternakan lembu, yang sedang dibangunkannya di Balung, Tawau akan meningkatkan tahap sara diri negeri Sabah untuk daging lembu dalam tempoh empat tahun akan datang.

    Pengarah Urusannya, Datuk Bacho Jansie berkata projek bernilai RM47 juta itu dijangka meningkatkan populasi ternakan itu yang sedang diusahakan oleh Sawit Kinabalu daripada kira-kira 15,000 ekor kepada 50,000.

    “Sawit Kinabalu telah lama berkecimpung dalam penternakan lembu (di bawah anak syarikat Sawit Kinabalu Farm Products Sdn Bhd).

    “Kami melihat potensi yang besar jika Sawit Kinabalu berkecimpung dalam usaha ini secara serius untuk mengembangkan perniagaan pengeluaran daging halal. Oleh itu, Sawit Kinabalu perlu meningkatkan lagi populasi sehingga 40,000 atau 50,000 ekor lembu agar dapat dikomersialkan.

    “Bagi mencapai sasaran ini, Sawit Kinabalu perlu menyediakan pemakanan yang berkualiti dan murah,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa kumpulan itu di sini malam tadi.

    Bacho berkata antara usaha untuk menyediakan makanan haiwan itu ialah penanaman rumput Napier dengan fasa pertama melibatkan kawasan seluas 400 hektar, pemprosesan makanan lembu daripada kelapa dan daun kelapa sawit serta penanaman ubi kayu.

    Menurutnya, pengeluaran daging lembu yang berkonsepkan halal itu akan disalurkan ke pasaran tempatan memandangkan Sabah kini mengimport sehingga 95 peratus daging itu.

    “Bagi meningkatkan populasi lembu dengan cepat, kami mungkin akan mengimport 1,000 atau 2,000 ekor lembu dari Australia,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...