Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sabah berpotensi dalam kerjasama rentas sempadan BIMP-EAGA

    KOTA KINABALU, 3 OGOS – Sabah mempunyai banyak potensi dalam kerjasama rentas sempadan melibatkan sektor ekonomi yang diperuntukkan oleh Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

    Beliau berkata sektor keutamaan yang diperuntukkan oleh BIMP-EAGA sesuai dengan inisiatif Sabah Maju Jaya, pelan pembangunan lima tahun strategik negeri itu.

    Bung Moktar mengetengahkan sektor seperti pengangkutan; tenaga dan sambung kuasa; perdagangan dan pelaburan; maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT); agroindustri dan perikanan; pelancongan; persekitaran; sosial-budaya dan pendidikan sebagai sektor keutamaan.

    “Bidang kerjasama harus menumpukan kepada pertumbuhan ekonomi termasuk modal insan, kesejahteraan rakyat dan infrastruktur hijau.

    “Ini adalah bukti bahawa kami berada di landasan yang betul melalui agenda pembangunan kami dan inisiatif lain yang tepat pada masanya,” katanya ketika merasmikan Pameran dan Persidangan BIMP-EAGA 2022 di sini hari ini.

    Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Jasnih Daya.

    Acara dua hari bertemakan ‘Road to R.I.S.E’ (Berdaya tahan, Inklusif, Mampan dan Ekonomi Berdaya Saing) itu dihoskan oleh Lembaga Pelabuhan-pelabuhan Sabah dan Sabah Ports Sdn Bhd.

    Objektif acara itu adalah untuk mempromosikan serta memudahkan pembangunan perdagangan dan ekonomi di seluruh wilayah BIMP-EAGA melalui pengangkutan dan logistik.

    Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata pemindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara di Kalimantan dijangka menghasilkan limpahan ekonomi yang akan memanfaatkan Sabah melalui sempadan dan Malaysia secara keseluruhan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...