Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah berpotensi jadi hab aeroangkasa

    KOTA KINABALU, 28 Okt – Sabah berpotensi besar untuk muncul sebagai hab aeroangkasa dan pusat peneraju industri itu, terutamanya segmen penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) selain aktiviti pembuatan berkaitan.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking berkata peningkatan kehadiran pelancong ke Sabah juga membolehkan lebih banyak pesawat mendarat di negeri itu, sekali gus memerlukan kehadiran penyedia khidmat aeroangkasa.

    Ini penting memandangkan keperluan pesawat menggunakan kemudahan MRO selain kepakaran dan kemahiran modal insan dalam bidang tersebut.

    Sehubungan itu, beliau menggesa lebih banyak warga Sabah menceburi industri aeroangkasa yang berupaya menjana lebih banyak peluang perniagaan serta pelaburan baharu di negeri itu.

    “Hanya 10 daripada 230 penyedia perkhidmatan aeroangkasa yang didaftarkan di Malaysia, berasal dari Sabah.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking menggesa lebih banyak warga Sabah menceburi industri aeroangkasa yang berupaya menjana lebih banyak peluang perniagaan serta pelaburan baharu di negeri itu. – Bernama

    Jumlah itu amat kecil berbanding peluang yang terdapat dalam industri aeroangkasa.

    “Kita perlukan lebih ramai warga Sabah untuk menyertai industri ini kerana potensi yang dimiliki Sabah,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Industri Aeroangkasa Malaysia di sini, hari ini.

    Bertemakan ‘Membina Masa Depan Ekosistem Aeroangkasa Di Malaysia, seminar sehari itu dianjurkan oleh MITI dan Pejabat Penyelaras Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO).

    Seminar itu bertujuan menggalakkan inisiatif bagi meningkatkan peluang dalam ekosistem aeroangkasa tempatan bagi menarik penyertaan ramai penggiat tempatan.

    Darell berkata, sektor pembuatan menyumbang 48 peratus daripada perolehan industri aeroangkasa Malaysia yang bernilai RM13.5 bilion pada tahun lepas manakala MRO mewakili 46 peratus.

    Menurutnya, Malaysia juga mempunyai potensi besar dalam perniagaan aeroangkasa global dengan produknya dieksport ke serata dunia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda